Friday, 24 August 2012

Proses Berpantang(Confinement) selepas bersalin~

Bila sebut pantang,ladies mesti tau dan terbayang proses2 yang ditempuhi kan kan kan?kadang2 yang tak nikah lagi pun dah terbayang...kalau tanya my sis pun,dia dah puas tengok kakak dia ni pantang 44 hari..then sekarang dia percaya keberkesanan pantang...surprisingly, my hubby lagi sangat2 mempercayai pantang walaupun baby dah 9months old...sampai sekarang mama izz ayman tak sentuh laksa tau dan makanan berbisa etc...then,hubby pun puas hati tengok kesan berpantang ni....tak sia-sia hubby ulang alik alor star-manjung untuk jenguk baby and mak baby (DALAM KES MACAM NI,BANYAK SANGAT TENGOK MAK BABY YANG TAK SAMPAI SEBULAN PANTANG DAH BALIK DUDUK DENGAN SUAMI SEBAB TAK SANGGUP TENGOK SUAMI SORANG2...WELL KALAU ADA ANAK NAK SEKOLAH BOLEH GAK DITERIMA TAPI SUAMI TU ORANG DEWASA DAH TAU JAGA DIRI,SEKARANG YANG PENTING AWAK TU KENA JAGA LA DIRI..YANG SUAMI PULAK,TAK KAN LA TAK BOLEH FIKIR KESIHATAN ISTERI TU NAMA JE DOC,ENGINEER,LAWYER TAPI MACAM TAK GI SEKOLAH...BADAN ISTERI TU NAK GUNA LAMA TAU...KALAU SUAMI AWAK TENGOK KESUSAHAN AWAK MASA BERSALIN,CONFIRM DIA TAKKAN SAMPAI HATI NAK ANGKUT AWAK SANA SINI...LAGI2 YANG BARU FIRST BABY TU...HAAAA!!KAN TAK PASAL2 DAH KENE BEBEL...ORANG PEREMPUAN NI SILA JAGA2 YE...)

Okey,saya dah puas berleter....sekarang nak berbalik kepada proses berpantang...cuba tick kalau awak the ladies ada buat tak benda2 ni::


* Urutan

Bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.

* Bertungku

Bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.

* Bertangas

Bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan bahagian sulit, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim.

* Berbengkung

Perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Ia mengelakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu `mendapatkan´ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.

* Mandi rempah ratus

Bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan menaikkan seri wajah.

* Memakai param dan pilis

Bertujuan mengelakkan pening dan rabun.

* Minum jamu

Bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.

Elakkan

* Keluar rumah

* Membuat pergerakan pantas atau lasak, dengan kata lain kurangkan berjalan

* Makan dan minum berlebihan

* Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit.

* Terdedah kepada cuaca sejuk.

p/s:Ada sebabnya kenapa orang perempuan perlu berpantang...cuba tengok mak2 kita sampai skang kulit cantik,badan segar..(dalam bahasa susah dan complicatednya pantang ni bukan untuk luaran je...orang tua2 yang paling pandai tengok bab2 ni...jangan kurus sangat dan jangan gemuk..tu je..pastu muka jangan pucat dan sembap walaupun ada je orang tempek tepung gandum kat muka sampai 5inches..lagi sekali Wellll...luaran boleh sembunyi tapi dalaman siapa tau kan kan..lagi parah kalau yang bersalin c-ser tapi tak pantang betul..stokin ke mana,param,pilis ke mana...jalan laju je lagi2 time raya ni kan...lagi sekali Wellllll terpulanglah badan awak suami awak...kalau dah bercinta sampai 10tahun,takkan la sebab dalaman dah berubah dia nak berubah hati kan...suami tak kisah kira beruntung la...)

SEBAB-SEBAB PERLUNYA PANTANG::

saya mendapat pendedahan mengapa perlu dijaga waktu pantang. Dan terdapat kawan-kawan saya yang tidak menjaga pantang mengalami pelbagai masalah. Ada yang pergi ‘shopping’ selepas 2 minggu bersalin, luka tempat sulit jadi bernanah. Ada juga telah pergi ‘shopping’ selepas sehari bersalin. Kesannya memang agak teruk, tumpah darah, muka menjadi biru kehitaman hingga terpaksa ditahan di hospital. Makcik saya juga menasihatkan supaya menjaga badan kerana kesannya mula terasa ketika tua. Dia yang kurang menjaga pantang mula merasainya.

Namun penjagaan secara tradisional juga mempunyai pelbagai cara. Ada antaranya memang kurang sesuai dan tidak patut di amalkan. Seperti amalan minum mengikut sukatan 2 ruas jari sekali minum, amalan makan ikan kering, ikan bilis sahaja semasa berpantang. Jika mengamalkan pemakanan begini bagaimana badan akan sembuh. Amalan minum mengikut sukatan ruas jari boleh menyebabkan masalah pada buah pinggang akibat kekurangan air. Dan tentu sekali susu juga akan kurang.

Kesan ketika semakin berumur, jika tidak menjaga pantang adalah seperti lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan. Kebanyakannya akan menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan sangka hanya lelaki sahaja ‘mati pucuk’. Perempuan juga mengalaminya. Keinginan untuk bersama suami menjadi kurang. Rahim juga akan turun akibat proses peneranan yang kuat ketika bersalin. Jika tidak dijaga, boleh menjadi penyebab kepada kerap buang air kecil atau terkencing ketika batuk, ketawa atau bersin.

Mengikut amalan tradisional Melayu pantang 44 hari. Namun digalakkan berpantang sehingga 60 hari atau sehingga 100 hari untuk memastikan rahim pulih sepenuhnya dan melambatkan proses penuaan. Tiada bukti secara saintifik tetapi buktinya ini boleh dilihat melalui mereka yang telah mengamalkannya.Wallahualam...



No comments:

Post a Comment