Monday 13 August 2012

WHY C-SECT???

Lately ramai member2 yang dah selamat delivered....but most of them got caeserean..sangat takut dan terfikir kenapa ramai yang kena c-sect ni....from the info I got,c-sect mostly happened because of this reasons:
  • Pernah mengalami pembedahan pada rahim seperti membuang fibroid dan sebagainya.
  • Mengalami jangkitan kuman STD seperti HIV dan herpes- bayi mungkin boleh terkena jangkitan tersebut sekiranya bersalin normal.
  • Masalah perubatan seperti kencing manis dan darah tinggi yang teruk.
  • Bayi terlalu besar untuk pelvis ibu.
  • Hamil lebih dari satu dan kembar pertama berkedudukan songsang.
  • Terdapat ketumbuhan yang besar yang menghalang bayi melalui pelvis.
  • Uri yang berada pada kedudukan bawah
  • Keadaan bayi songsang atau melintang
  • Dua kelahiran sebelumnya adalah kelahiran caesarean.
 THEN, ADA MOMMIES YANG AT THE BEGINNING DOC KATA BOLEH NORMAL TAPI LAST MINUTE DALAM LABOR ROOM DOC KATA KENA PULAK C-SECT...ANTARA REASONS KENA EMERGENCY C-SECT NI PULAK:

Anak lemas : Terdapat perubahan degupan jantung bayi semasa saat bersalin. Ini menunjukan yang bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan dengan serta-merta.

Masalah uri: Kedudukan uri pada bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan ini boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak  dilakukan dengan segera.

Tiada progress : Disebalik kontraksi rahim yang kuat, serviks tidak membuka sebagaimana yang sepatutnya.

Pendarahan dari faraj secara tiba-tiba: Abruptio placenta dan plecenta preavia boleh membahayakan nyawa anak dan bayi.

Percubaan melahirkan Vacuum atau forceps yang gagal: Kadang-kadang didapati penggunakan forceps/ vacuum tidak dapat menolong melahirkan bayi.

Bayi sudah passed meconium: Terdapat meconium yang hijau pekat setelah ketuban dipecahkan menunjukkan tanda bayi sudah lemas.
Akhirnya dah tau kan kenapa ada mommies yang kena c-sect...but ada juga sesetengah mommies yang mintak dari doc untuk di c-sect..reason?takut sakit...ermmm..no komen...jawapan i senang,takut bersalin normal macam taknak nikmati detik2 bersalin je...walhal,bersalin normal ni,husband kalau tengok live,ngeri dia kata..macam mana lubang kecik boleh keluar baby yang besar...jawapannya..Allahu Akbar...memang husband sangat2 appreciate pengorbanan seorang ibu after they watched it...n i am one of the lucky woman who had a husband beside me during that time...:))

p/s:sorry if ada pihak terasa atau tersentuh but please try to deliver normal sebab betapa ramainya mommies yang nak sangat deliver normal tapi tak dapat...:)

No comments:

Post a Comment