Thursday 5 July 2012

AMALAN IBU MENGANDUNG

Sebagai orang Islam, ibu mengandung sudah semestinya digalakkan membaca al-Quran. Malah digalakkan membaca surah2 tertentu untuk mendapatkan hasil tertentu. Contohnya surah Maryam untuk memudahkan proses bersalin,surah Yasin untuk mengelakkan bayi daripada terkena anasir jahat, surah Yusuf untuk mendapatkan anak yang parasnya elok, surah Luqman untuk mendapatkan anak yang cerdik, dan beberapa surah lagi.

Tapi bagi saya,apa salahnya kalau sambil2 kita baca surah tertentu,kita cuba untuk khatamkan alQuran 30 juzuk..lagi bagus kan. Saya sempat sampai juzuk 18 je..huhu..memang ralat sebab fokus kat surah2 tertentu terutamanya surah Yasin. Tak tau kenapa time pregnant saya suka sangat2 surah Yasin..rasa sedap sangat ayat nya.

Then masa pregnant, orang kata suruh pantang makan itu ini..Alhamdulillah, saya takde pantang makan mungkin sebab badan memang tahan dan baby pun tahan lasak (this you can see now!!). Nenas ke,tebu ke, air gas ke minum je. Atuk siap belanja tapai lagi.mak mertua dan mak sendiri pun kata takde pantang2 ni. Dah bersalin baru pantang makan. Ais tak boleh, laksa tak boleh,bla,bla bla... Well....saya tak la ikut pantang makan selepas proses pantang 44 hari...apa yang sihat berkhasiat,makan je...tapi for sure,saya makan maajun yang special datangnya dari orang kampung..tak main lah botol produk yang jual kt kiosk2 ni..that all products are preservative product ,understand?

oopppsss out of topic pulak..

Selain amalan di atas,saya masa pregnant memperbanyakkan jugak buat latihan matematik..saya gi Popular beli buku2 latihan matematik UPSR,PMR untuk latihan. Memang ada kajian mengatakan ibu mengandung elok buat matematik ni untuk menghasilkan anak yang cerdas.Selain tu saya buat crosswords puzzle. Banyak buku puzzle dibeli time pregnant tapi tak sempat pun habis..

Ada sesetengah ibu yang pregnant mengamalkan instrumental songs untuk baby diorang..Tapi saya tak buat pun. Saya just burn Cd yang mengandungi 30 juzuk alQuran untuk didengar sambil tu boleh ikut sekali(lagi2 saya sangat2 suka surah Yasin).

Pantang buat tu ini??Saya tak de pantang...again...orang kata tak boleh siang ketam, ikan,etc...x berasap la jawabnya kalau mcm tu..dah la saya ni surirumah time tu...dah bercuti setahun tu,kena la masak untuk suami...nak pulak ada sekali suami teringin makan ketam masak lemak...beli kan jugak dan kene la siang...Alahmdulillah,dapat jugak Izz Ayman yang sempurna sifatnya (semoga berkekalan sempurna akal dan fikirannya juga)..yang penting mak saya pesan, niat yang penting..masak untuk suami kan ibadah,tambah pahala,ape nak kisah pantang2 ni kan?

Minum susu??memang sangat suka!!!!lagi2 susu dutch lady kotak kecik2 tu..strawberi,coklat,full cream..selamat masuk perut...anmum?tak lalu...enfa mama?nyum2..:)
orang kata dapat baby putih ek...alhamdulillah memang putih tapi ikut genetik kot....yang penting susu tu untuk kalsium..baby nak tumbuh tulang...

putih ke budak ni?????











yang lain-lain akan difikirkan lagi...ape ek  lagi pantang dan amalan time pregnant ni?

2 comments:

  1. mama damia pun share la cemana masa pregnantkan damia..teringin nk tau ape org kedah pantang,atau pengalaman pregnantkan baby girl....nnt tulih tau..

    ReplyDelete